Member FattKiRaa

Friday, February 17, 2012

Santapan akal...

Assalamualaikum...

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang & tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT...

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yg terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yg diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yg terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat bertanya lagi. 

"Ya Rab, adakah yg lebih kuat daripada paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api yg dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yg lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yg dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yg lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yg kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yg lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yg berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan. 

Diari Sufi
Siti Munazakiah

n_n

Da baca? SiLa Komen... SiLa LiKe... SiLa foLLow...

1 says something:

rimbunhijau said...

mari berdoa!

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

[surah al-Ghafir 40:60]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@2011-2012 Segala yg tertulis hasil titik peluh FattKiraa